Tuesday 15 May 2012

47 1st International Malaysian Educational Technology Convention


APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN
GURU DAN KEKANGAN  DALAM PELAKSANAAN

Yahya Othman, PhD, Roselan Baki, PhD
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor
yahyaoth@gmail.com, roselanbaki@hotmail.com



ABSTRAK

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang
dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam
pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan
kemahiran bahasa pelajar.  Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM)
melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan
yang dihadapi. Maka kajian secara tinjauan ini meneliti tahap dan kekangan dalam
melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer.  Di samping itu, kajian juga mengkaji
kekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sampel kajian terdiri daripada 87 guru BM di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan
kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer
dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan
penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak
kurang diberikan perhatian.  Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak
positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas.  Kekangan utama yang dihadapi oleh guru
dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir
mengendalikan komputer untuk pengajaran dan  pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.

PENGENALAN
Dalam memperkatakan teknologi dalam pendidikan, Grove et al. (2004) menyatakan nilai
teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu dan perdebatan dalam kalangan ahli
teknologi pendidikan.  Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan
motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat
unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003).  Justifikasi ini timbul di
dalam iklim kritikan berasaskan pelaburan yang besar dalam teknologi yang diragui
keberkesanannya (Cuban, 2001).  Dalam hal ini, ahli teori telah meletakkan diri mereka sebagai
penyokong kepada perspektif yang menjurus kepada efektifnya penggunaan teknologi.  
Dalam hal ini, Ertmer (1999) dan Hokanson & Hooper (2004) telah mengkaji penggunaan secara
efektif keperluan teknologi yang semakin bertambah dan ingin melihat cara guru menggunakan
teknologi dan sebab mereka menggunakannya.  Mereka juga memfokuskan peranan utama
pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pengajaran di bilik darjah. Terdapat beberapa isu
yang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan komputer.  Stallard (1998) dalam
kajiannya menyatakan bahawa keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan
ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer.
Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi hardware untuk perisian  kursus, sikap guru,
pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan
pelaksanaan dalam bilik darjah (Moersch, 1995).
48 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Pengajaran Bahasa Malaysia (BM) tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK).  Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa
yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang
dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran .  Masalah tersebut termasuklah
penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis.  Pada tahap yang lebih
tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna.
Di samping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi
perhatian untuk memastikan objektif pengajaran BM tercapai.

Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran BM dilihat sebagai satu usaha
yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi.  Sebagai alat
bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu
mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran BM. Guru BM sebagai pengendali
pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu
komputer.  Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan
kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan
pengajaran lebih berpusatkan pelajar.

Oleh itu, kajian ini cuba mengkaji pemahaman guru BM terhadap konsep pengajaran bahasa
berbantukan komputer, tahap penguasaan komputer, kursus yang dihadiri, masalah yang
dihadapi dan penyelesaiannya.

Objektif kajian


1. Mengkaji sejauh manakah pemahaman guru BM terhadap konsep pengajaran bahasa
berbantukan komputer.
2. Mengkaji tahap penguasaan komputer dalam kalangan guru BM.
3. Mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran BM.
4. Mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru BM dalam mengaplikasikan komputer
dalam pengajaran.

Kaedah kajian

Kajian dilaksanakan secara deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan.  Sebanyak 87 guru
BM dijadikan sampel kajian ini yang meliputi guru BM yang mengajar di beberapa buah sekolah
di Selangor.  Sampel kajian dipilih secara rawak.  Soal selidik digunakan untuk mendapatkan
data berkaitan penggunaan dan penguasaan komputer dalam pengajaran BM. Item dalam soal
selidik meliputi pandangan terhadap pengajaran bahasa berbantukan komputer, latihan dan
tahap penguasaan, pelaksanaan dan hubungannya dengan penguasaan bahasa pelajar,
kekangan dalam pelaksanaan dan cara mengatasi masalah tersebut.  Data yang diperoleh
dianalisis dengan menggunakan SPSS dan dinyatakan dalam bentuk peratusan dan  min. 

DAPATAN KAJIAN

Konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer (PBBK)

Sebagai guru BM, mereka sepatutnya memahami konsep penggunaan komputer di dalam bilik
darjah. Berdasarkan dapatan kajian, didapati sampel kajian menunjukkan pemahaman yang
pelbagai terhadap konsep PBBK.  







49 1st International Malaysian Educational Technology Convention


Jadual 1: Konsep PBBK

 Pernyataan %
 
Pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer dengan
kehadiran guru bersama-sama
 Pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer tanpa
kehadiran guru
 Pelajar mempelajari aspek bahasa (contohnya, tatabahasa)
dengan menggunakan komputer
 Pelajar menggunakan enjin pencari (seperti google) untuk mencari
fakta ketika menulis karangan
 Pengajaran bahasa apabila guru menggunakan projektor LCD
sebagai alat bantu mengajar dalam sebahagian dari pengajarannya
 Pelajar mempelajari cara menulis karangan atau surat dengan
menggunakan pemprosesan perkataan (microsoft word)
 Pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian
pembelajaran yang terdapat di dalam CD
 Pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh
menggunakan komputer.


Berdasarkan dapatan tersebut, didapati pemahaman sampel kajian terhadap PBBK adalah
pelbagai.  Kepelbagaian ini banyak dipengaruhi oleh faktor pendedahan, peluang dan komitmen
yang ditunjukkan dalam pelaksanaan pengajaran.  Kebanyakan sampel kajian menyatakan
bahawa konsep PBBK adalah pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer dengan
kehadiran guru bersama-sama (51.7%). 

Pada dasarnya, PBBK dilaksanakan dengan pelajar berinteraksi dengan bahan yang tersedia  di
dalam komputer.  Pelajar akan menggunakan bahan tersebut dengan bantuan guru.  Bagi
konsep yang kedua tertinggi dari segi peratus (44.8%) menyatakan pelajar mempelajari bahasa
dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD.  Pemilihan konsep ini
dilihat signifikan apabila guru menggunakan CD pembelajaran yang terdapat di pasaran bagi
membantunya mengajar.  Pelajar dapat mempelajari bahasa dengan mengikuti bahan
pembelajaran yang terdapat di dalam CD dan guru melakukan pemantauan pembelajaran.
Konsep ketiga yang menjadi pilihan guru (40.2%) ialah pelajar menggunakan enjin pencari
(seperti google) untuk mencari fakta ketika menulis karangan. Hal ini bermakna, guru memikirkan
PBBK perlu dikaitkan dengan penggunaan internet yang banyak memberikan maklumat kepada
pelajar terutama ketika menguasai kemahiran bahasa seperti menulis karangan. Bagi pilihan
keempat, sampel memilih konsep PBBK sebagai pengajaran bahasa yang menggunakan
projektor LCD sebagai alat bantu mengajar (39.1%). 

Bahan bantu mengajar jenis elektronik dikaitkan dengan   PBBK kerana keperluannya dalam
pengajaran tersebut.  Selain penggunaan projektor LCD, penggunaan bahan bantu elektronik
yang lain juga mampu meningkatkan minat dan pemahaman pelajar.  Konsep yang dianggap
kurang dipersetujui bagi pentafsiran PBBK ialah pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran
jarak jauh menggunakan komputer (17.2%).  Ini kerana diandaikan sampel kajian tidak
mengambil kira aspek pembelajaran jarak jauh sebagai menepati konsep PBBK kerana tiada
guru yang dapat membimbing pelajar apabila wujud masalah pembelajaran.    

Penggunaan komputer dalam pengajaran BM

Sampel kajian juga menyatakan pandangannya terhadap penggunaan komputer di dalam
pengajaran BM. Dapatan kajian dinyatakan seperti jadual 2 di bawah.



51.7

18.4

32.2

40.2

39.1

28.7

44.8

17.2
50 1st International Malaysian Educational Technology Convention


Jadual 2:  Penggunaan komputer dalam pengajaran BM

 Pernyataan  min SP
 
Saya pernah menggunakan komputer dalam
pengajaran BM
 Saya hanya mahir menggunakan powerpoint
dalam mengajarkan BM menggunakan komputer.
 Saya merasa selesa jika mengajarkan BM
dengan bantuan komputer.
2.67 .944

2.52 .829

2.66 .787

 Saya mampu menggunakan internet dalam P&P 2.80 .818
 Saya suka menggunakan bahan internet dalam
P&P BM.
2.81 .785
 Saya berminat menggunakan komputer dalam
pengajaran BM.
 Saya berminat untuk mengajarkan BM
menggunakan komputer, tetapi saya tidak
mempunyai banyak masa untuk menyediakan
bahan pengajaran.
 Saya berminat untuk mempelajari kemahiran
menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan
perisian mudah bagi BM.

3.26 .689

3.14 .770

3.18 .739

  SP= sisihan piawai

Berdasarkan dapatan kajian, tahap penggunaan komputer dalam pengajaran bagi sampel kajian
adalah rendah (min 2.67).  Sampel kajian juga menyatakan mereka tidak selesa (min 2.66) jika
mengajarkan bahasa dengan menggunakan komputer.  Dari segi perisian pengajaran pula,
mereka tidak bersetuju (min 2.52) jika dikatakan hanya menguasai penggunaan powerpoint
dalam pengajaran. Ini disebabkan dari segi penguasaan perisian,  sampel kajian menguasai 36%
pada tahap baik dan 54 % pada tahap sederhana. 

Manakala dari segi penggunaan internet, sampel kajian mengakui mereka kurang mampu (min
2.80) dan ini mengakibatkan mereka kurang menggunakan (min 2.81) bahan tersebut di dalam
pengajaran. Mungkin terdapat faktor lain yang menjadikan mereka kurang menggunakan internet
dengan masalah pendedahan dan kemudahan yang disediakan di sekolah. 

Aspek minat mempengaruhi guru dalam pengajarannya.  Dapatan menunjukkan kebanyakan
sampel kajian berminat yang sederhana (min 3.14) untuk mengajarkan BM menggunakan
komputer tetapi mereka tetapi mempunyai banyak masa untuk menyediakannya. Mereka juga
memiliki minat yang sederhana (min 3.18) untuk diberikan pendedahan berkaitan penghasilan
bahan perisian komputer.

Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran.

Kebanyakan sampel kajian setuju bahawa (min 4.10) penggunaan komputer dalam pengajaran
BM terhad kepada kemahiran membaca sahaja.  Manakala mereka berpendapat penggunaan
komputer dalam mengajarkan karangan tidak begitu sesuai (min 3.18).  Dalam hal ini, untuk
mendapatkan kesan yang baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran berbantukan komputer (min
3.48).  

Dari segi kemahiran menggunakan perisian komputer yang berkaitan dengan pembelajaran,
kebanyakan sampel kajian tidak menguasainya dengan baik.  Contohnya dalam penguasaan
authorware dan toolbook, mereka menyatakan tidak menguasainya dengan baik (min 3.25).
Masalah ini juga wujud dalam hal menggunakan multimedia dalam pengajaran (min 3.5).  Bagi
kebanyakan sampel kajian, mereka hanya akan menggunakan komputer apabila diminta berbuat

51 1st International Malaysian Educational Technology Convention

demikian (min 3.68). Di samping itu, terdapat kecenderungan menggunakan komputer hanya
untuk urusan berkaitan pengurusan (min 3.26).

Tahap penguasaan komputer

Kesemua sampel telah pernah mengikuti kursus berkaitan komputer.  Berdasarkan dapatan
(jadual 3), kesemua sampel kajian telah menerima latihan komputer terutama dalam kursus
dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran ataupun Pejabat Pendidikan
Daerah.     


Jadual 3:  Tahap Penguasaan Penggunaan Komputer

 Jenis Min  SP Tahap penguasaan
 Baik Sederhana Lemah
 
Microsoft Word

2.72

.449

72.4

27.6
 Microsoft Excel 2.31 .556 35.6 59.8 4.6
 Microsoft
Access
2.05 .513 16.1 73.6 10.3
 Microsoft power
point
2.26 .637 36.8 52.9 10.3
 Multimedia 1.94 .490 9.2 75.9 14.9
 Pembinaan
Laman web
1.32 .560 4.6 23.0 72.4
 Internet 2.18 2.19 27.6 64.4 8.0


0

Aplikasi komputer yang paling dikuasai oleh sampel kajian ialah Microsoft Word (min 2.72; tahap
baik : 72.4%). Kemahiran lain yang dikuasai ialah Microsoft Excel (min 2.31; tahap baik: 35.6%),
Microsoft power point (2.26; tahap baik: 36.8%), Internet (min 2.18; tahap baik: 27.6%), Microsoft
Access (min 2.05; tahap baik: 2.05%).  Bagi kemahiran multimedia ( min 1.94; tahap lemah: 49%)
dan pembinaan laman web (min 1.32; tahap lemah: 56%) dianggap penguasaan yang lemah. Ini
menggambarkan sampel kajian tidak menguasai aspek yang dianggap penting terutama yang
berkaitan penyediaan bahan pengajaran yang memerlukan penggunaan elemen multimedia.
Pembinaan laman web yang dianggap  kurang memberi manfaat kepada pengajaran dan
pembelajaran juga perlu diberikan perhatian terutamanya bagi memastikan pelajar  berfikiran
lebih kreatif lagi. 


Kesan aplikasi komputer terhadap pelajar
 
Dapatan kajian menunjukkan, penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menambahkan
minat pelajar terhadap BM (min 3.06).  Walau bagaimanapun, mereka berpendapat pelajar yang
pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalam
pengajarannya (min 3.14).  Bagi pelajar yang lemah, mereka kurang menunjukkan minat dalam
pembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan komputer min 2.74).  Dapatan juga
menunjukkan penguasaan menulis karangan kurang berkesan jika menggunakan komputer (min
2.79).  Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan
aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada pelajar (min 3.00).
Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran (min 3.19).


52 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa berbantukan komputer

Dapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam
menggunakan komputer dalam pengajaran BM.  Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam
mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan (min 3.62).  Guru
juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu
diberikan dalam menyediakan bahan (min 3.98). Pelajar juga kurang berminat (min 3.26)
menggunakan komputer dalam pengajaran BM.  Komputer yang digunakan di sekolah sering
rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi (min 2.82). 

Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di
sekolah (min 2.72).  Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan
komputer dalam pengajaran. Terdapat guru BM yang tidak dapat menggunakan bilik komputer
kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain (min 2.86).  Pengaruh  rakan sejawat tidak
mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat
mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian
(min 2.51). Pihak pentadbir sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan kerana
mereka memberi galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam pengajaran (min
2.90).

Cadangan untuk mengatasi masalah

Terdapat beberapa cadangan yang diberikan oleh sampel kajian untuk mengatasi masalah dalam
meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran BM (jadual 4).  Kebanyakannya
bersetuju dengan cadangan untuk mengatasi masalah seperti mewujudkan jaringan (min 3.51),
sediakan peruntukan (min 3.47), prasana yang cukup (min 3.46), kumpulan pembinaan bahan
(3.45), dorongan (min 3.42) dan  pendedahan (3.41).

Jadual 4: Cadangan untuk mengatasi masalah
  



Wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam
PPD
Sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi
komputer terkini.
Wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran.
Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat dorongan
daripada pentadbir.
Memberikan lebih dorongan kepada pelajar agar meminati komputer.
Semua guru BM perlu diberikan pendedahan aplikasi komputer.



RUMUSAN

Isu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaran
berbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM.  Antara rumusan
daripada dapatan kajian yang diperoleh seperti huraian berikut:

Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang
mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru.  Ini
disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga
komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu
komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001).  Guru pada peringkat awal perlu
memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar
memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.
Min


3.51

3.47
3.46
3.45

3.42
3.41
53 1st International Malaysian Educational Technology Convention


Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru BM.  Namun,
penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian.  Contohnya,
penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana
penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat
memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu
yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih
berkesan (Yahya Othman, 2007).

Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru BM.  Untuk menjamin keberkesanan
penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan
pembelajaran.  Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaian
dengan dapatan kajian oleh Jeong-Bae Son (2006) yang menunjukkan penggunaan komputer
dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatian
pelajar.

Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM juga didapati positif
dengan kebanyakan sampel menyatakan demikian.  Antaranya ialah penggunaan komputer
dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. Kajian yang dijalankan oleh
Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis
karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.

Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer
meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang
sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya
boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Stallard (1998) pula menghuraikan faktor kebolehan
guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai
digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi.  Dalam hal ini, perancangan dan
persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai
kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional.

Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada
penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran.
Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam
pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain
juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk (Hokanson & Hooper, 2004)

Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan
umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007).  Walaupun
demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan
kemahiran bahasa yang diajarkan.  Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya
meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik.  Oleh itu, aspek
latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan
penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan
keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

RUJUKAN

A.Aziz Deraman (2007).  Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, 7(2), 26-30.
Cuban, L. (2001). Oversold and underused: Computers in the classroom. Cambridge, Mass.:
 Harvard University Press.
Ertmer, P. A. (1999). Addressing first- and second-order barriers to change: Strategies for
 technology integration. Educational Technology Research and Development, 47(4), 47
61.
Finkbeiner, C.
 (2001). One and all in CALL? Learner, moderator dan researcher. Computer
 Assisted Language Learning. 14 (3-4), 339-361

54 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Grove, K., Strudler, N., & Odell, S. (2004). Mentoring toward technology use: Cooperating
 teacher practice in supporting student teachers. Journal Of Research on Technology in
 Education. 37(1), 85-110.
Hokanson, B., & Hooper, S. (2004). Integrating technology in classrooms: We have met the
 enemy and he is us. Paper presented at the annual convention of the Association for
 Educational Communications and Technology, Chicago, IL, October 19-23. (ERIC
 Document Reproduction Service No. ED485143)
Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion groups in a CALL teacher training course.
 Regional Language Centre Journal.  37(1), 123-135
Moersch, C. (1995) . Levels of technology implementation (loti): A framework for measuring
 classroom technology use. Journal of Learning and Leading With Technology, 23(3). 40
42.
Roblyer,
M. D.,
& Schwier,
R.
(2003).
Integrating
educational
technology
into
teaching
(Canadian



ed). Toronto: Prentice Hall.
Saad Al Kahtani (1999). Electronic portfolios in ESL writing: An Alternative Approach. Computer
 Assisted Language Learning.  12 (3), 261–268
Stallard, C. (1998) . Factors that influence the integration of technology into the secondary
 curriculum. http://ed.info.apple.com/education/techlearn/adapt/adaptfactors.html.
Yahya Othman (2007).  Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu.  Dewan Bahasa,
 7(2), 32-35.

Sunday 13 May 2012